Tuesday, June 7, 2011

Sabun oat - Harga Ramadhan RM 10 sebuku !!!


Dari masaalah, datangnya penyelesaian....


Inilah rupa tangan saya 3 tahun lepas.  Diagnosis oleh doktor pakar: eczema, atau lebih tepat lagi: contact dermatitis.  Contact dermatitis adalah inflammation atau radang kulit yang disebabkan oleh sentuhan dengan bahan yang boleh menyebabkan alahan.  Macam-macam krim dan ubat yang doktor bagi, ditambah lagi dengan barangan dari farmasi, semuanya saya dah cuba.

Akhirnya, saya buat 'elimination process' iaitu, menyisihkan satu persatu barangan yang saya gunakan, bermula dengan makanan, bahan pencuci pinggan mangkuk kepada barangan mandian.  Setelah setahun melalui proses ni, saya dapati barangan mandian adalah puncanya.  Bila dibaca ingredients/bahan-bahan tertera di kotak, memang banyak nama kimia yang tidak difahami. Tahukah anda bahawa bahan kimia boleh menyerap masuk ke dalam saluran darah melalui kulit? 

Persoalannya: Kotor sangatkah kulit kita ni hingga kita sanggup menyentalnya dengan bahan yang sama jenama dengan pencuci lantai?

Setelah melakukan banyak bacaan, saya kembali kepada perubatan yang dianjurkan dalam islam.

Dari Sayyed Al-Ansari, Rasulullah saw bersabda:
"Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci" hadis riwayat Tirmizi dan ibn Maja

Hazrat Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi (saw) menyatakan:
"Makanlah minyak zaitun dan urutkannya ke seluruh badan, karena ada penawar untuk 70 jenis penyakit di dalamnya, salah satunya adalah kusta." (Abu Naim)

Maka lahirlah sabun buatan sendiri ini.  Diperbuat dari 70% minyak zaitun.  Alhamdulillah.


Sabun oatmeal dan calendula
Sabun oatmeal dan calendula RM 10.00 (100g)
bahan-bahan:
air hujan, sodium hidroksida, minyak zaitun, minyak sawit, minyak kelapa dara, vit E, oatmeal dan bunga calendula

Oatmeal memang dikenali sebagai baik untuk kulit. Ia boleh melegakan kulit daripada kegatalan dan alahan seperti eczema .


Sabun muka charcoal
Sabun muka charcoal RM 10.00 (100g)

bahan-bahan:
air hujan, sodium hidroxida, minyak sawit, minyak kelapa dara
dan oxidised bamboo charcoal

Sabun yang mengandungi bamboo charcoal atau arang dari buluh ini, bila dibasahi badan, boleh menyerap ke dalam kulit untuk mengeluarkan kotoran dan minyak yang menutupi pori kulit. Penggunaan yang kerap boleh juga mengurangkan pengeluaran jerawat. Sabun dari arang buluh ini bukan hanya tidak akan mengeringkan kulit, tetapi juga mampu menolongkan menghilangkan bau badan.


Sabun habbatus sauda

Sabun habbatus sauda RM 10.00 (100g)

bahan-bahan:
air hujan, sodium hidroxida, minyak zaitun, minyak sawit, minyak kelapa dara,
minyak habbatus dan biji habbatus

Khalid bin Saad menceritakan: "Saya pergi ke Madinah dengan Ghalib bin Al Jabr. Ghalib jatuh sakit dalam perjalanan. Ibnu Abi Ateeq datang menemuinya dan bercerita: dari Hazrat Aisyah ra bahwa Nabi (saw) mengatakan tentang penyembuhan dari habbatus saudah/ kalonji. Kami hancurkan beberapa biji habbatus saudah/ kalonji, dicampur dengan minyak zaitun dan dimasukkan ke dalam kedua lubang hidung, setelah itu Ghalib menjadi sihat."  hadis riwayat ibn Maja dan Bukhari.

Kami menawarkan sabun badan oat buatan sendiri yang mempunyai kandungan gliserin yang tinggi untuk membantu membersihkan kulit anda disamping mengekalkan kelempaban kulit. Sabun badan oat ini juga boleh membantu mengurangkan kegatalan untuk kulit yang mengalami alahan seperti eczema.

Setiap hari kita menggunakan sabun untuk mandi. Banyak jenama yang ada dipasaran, tapi tahukah anda bahawa banyak sabun di pasaran telah mengeluarkan gliserin yang terhasil daripada pembuatan sabun dan dijual kepada kosmetik company untuk mereka membuat lipstik dan krim badan. Setelah gliserin dikeluarkan, ianya diganti dengan bahan kimia lain yang berfungsi untuk menanggalkan kotoran di kulit sekaligus menanggalkan minyak kelembapan semulajadi yang menyelaputi kulit kita.

Kandungan gliserin dalam sabut badan oat buatan sendiri ini adalah penting waktu menyabun badan kala mandi kerana ia memberikan kelembapan kepada kulit setelah membersihkan.

2 comments:

  1. salam. tanya sikit.. mcmana nak order sabun muka charoal tuu?

    ReplyDelete
  2. Salam sr Kazi, the soap looks beautiful! Do you have prices in NZ dollars?

    ReplyDelete